Bukan Peminat K-Drama Lah Kalau Tak Pernah Tengok 16 Cerita Ni - Inspirasi & Inovasi

Bukan Peminat K-Drama Lah Kalau Tak Pernah Tengok 16 Cerita Ni
Bukan Peminat K-Drama Lah Kalau Tak Pernah Tengok 16 Cerita Ni

K-drama semakin mendapat tempat di hati penonton sehingga banyak ditayangkan di kaca TV. Selain tu, banyak je website yang boleh korang pergi untuk tonton dramadrama hebat secara online ikut kesesuaian masa korang sendiri. Die hard fan K-drama conrm dah banyak tengok K drama yang ditayangkan kan? And korang bukan peminat K-drama lah kalau tak pernah tengok 16 cerita ni. 

1. Winter Sonata (2002)

Drama ni kalau tak tengok tak sah lah! Jangan nak kata korang peminat drama kalau cerita legend ni pun korang tak pernah tengok. Winter Sonata merupakan antara drama Korea pertama yang melonjak naik dan mencipta nama dekat seluruh dunia. Ramai sukakan drama ni yang sangat romantik dan penonton akan menantikan setiap episod untuk tau if mereka dua ni akhirnya bersama ke tidak


2. Stairway To Heaven (2003)

Ini antara cerita drama yang buat penonton menangis tak henti. Peminat K-drama kalau dengar Stairway To Heaven mesti dah bergenang air mata mengingatkan plot dia yang tragis sangat. Jalan cerita dia menarik dan pengakhiran dia menyeksakan. Walaupun macam tu, still ramai yang setia menonton dengan harapan akan ada happy ending. Tapi tak pun….

 3. Full House (2004)

Full House adalah drama yang mengangkat nama penyanyi Rain sebagai pelakon pada tahun 2004. Peminat drama Korea for sure pernah tengok drama ni sebab nak tengok Rain bawa watak hero yang ego yang kemudiannya jatuh cinta dengan heroin. Dalam cerita ni dorang terpaksa tinggal bersama sebab perempuan tu dah kena tipu dengan kawan yang dah jual rumah dia dekat hero tu. Kalau korang nak tau, heroin dalam drama ni sama dengan heroin drama DOTS yang korang tergila-gilakan tu.

4. Love Story in Harvard

Drama ni berkisarkan tentang pelajar di Universiti Harvard dan kisah percintaan antara student law dan student medic dekat situ. Lepas tu dorang ni pandai-pandai pulak, so macam banyak masalah dalam percintaan bila yang amik medic tu ditawarkan kerja tempat lain. Disebabkan percintaan dorang yang banyak halangan, peminat K-drama memang tak lepas nak tengok cerita ni tiap-tiap minggu.

 5. Princess Hour (2006)

Antara drama yang jadi fenomena dekat Malaysia ialah Princess Hour. Zaman ni admin nak balik rumah cepat dari sekolah sebab nak tengok drama ni kat TV. Drama ni pun antara yang menaikkan nama drama Korea kat Malaysia dan seluruh dunia. Cerita ni pasal golongan aristokrat, perebutan kuasa dan kahwin paksa

6. Coffee Prince (2007)

 Drama ni sangat popular sampai ada remake di Malaysia yang dibuat di bawah arahan pengarah Michael Ang dan dibintangi tak lain tak bukan, Fattah Amin dan Janna Nick. Nampak tak penangan drama ni sampai dorang pilih nak adaptasi dekat Malaysia. Basically, drama ni pasal heroin yang tomboy dan berpakaian macam lelaki sebab nak dapat kerja. Conrm korang dah tengok kan

7. Boys Over Flowers (2009)

Ok guys, BOF ni tersangatlah popular, sampai kat Astro pun ulang tayang banyak kali okay! Drama ni pasal percintaan budak sekolah dari background family yang berbeza. Dalam gaduh-gaduh, last-last jatuh cinta jugak. Yang ni pun kalau korang belum tengok lagi, korang tak payah acah peminat K-drama. Cerita ni lah start nama Lee Min Ho melonjak naik dan jadi popular sampai sekarang.

8. You’re Beautiful (2009)

Drama ni start tayang masa zaman Kpop dah start terkenal. Sebab tu setting dia pasal sekumpulan band penyanyi. Masa ni pun antara watak sampingan merupakan vokal kumpulan FT Island dan CN Blue yang tengah popular. Cerita ni pasal heroin yang menyamar jadi abang kembar dia masuk dalam band sementara abang dia takde. Tapi, sambil tu terjatuh cinta pulak dengan hero. Tapi of course ada love triangle di pertengahahan cerita




from Inspirator Media https://ift.tt/2EMw1Ut - Inspirasi & Inovasi

Related Posts:

0 Response to "Bukan Peminat K-Drama Lah Kalau Tak Pernah Tengok 16 Cerita Ni - Inspirasi & Inovasi"

Posting Komentar